Monday, August 31, 2009

PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN KIBARKAN JALUR GEMILANG DAN MENCEGAH WABAK H1N1



Tarikh : 29 Ogos 2009
Masa : 10.00 malam
Tempat : Up Town, Danau Kota


Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52 tahun Malaysia, Biro Penerangan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan telah mengambil pendekatan untuk menyemarakkan bahang kehangatan sambutan kemerdekaan pada tahun ini dengan menganjurkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Mencegah Wabak H1N1. Kempen ini adalah bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan sentiasa mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak H1N1 yang kian menular.

Ahli-ahli Puteri UMNO dari seluruh Bahagian di Wilayah Persekutuan telah berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa dan berarak menuju ke Bazar Malam "Up Town" sambil mengedarkan Jalur Gemilang, “mask” serta risalah berkenaan langkah-langkah pencegahan wabak H1N1 kepada seluruh pengunjung Bazar Malam di "Up Town", Danau Kota.

Kempen anjuran Biro Penerangan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan ini telah turut disertai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Puan Sarina Sharif dan juga Puan Seri Wani, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri Bahagian Setiawangsa.

No comments: