Thursday, April 29, 2010

PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN UMNO 2010


Semalam pada 28hb April 2010 , Naib Presiden UMNO, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan persidangan serentak Perwakilan UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Cheras. Majlis tersebut telah di adakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Cheras bermula pada jam 8 Malam.

Perasmian tersebut telah menjadi tumpuan ramai kerana Cheras merupakan bahagian UMNO pertama di Wilayah Persekutuan yang mengadakan persidangan tahunan serentak dan setelah beberapa hari selepas Barsian Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Pertahanan Malaysia telah menyampaikan ucaptama yang menyentuh pelbagai isu semasa serta halatuju Barisan Nasional dan UMNO selepas lonjakan perubahan rakyat di Hulu Selangor.

Pada Majlis tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, telah memberi peruntukan sebanyak RM 1,000.00 kepada cawangan - cawangan UMNO di Bahagian Cheras, manakala bagi sayap - sayap Pergerakan Parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri telah menerima sebanyak RM 10,000.00 bagi penyediaan Mesyuarat Tahunan UMNO 2010. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas acara Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan Cawangan - Cawangan UMNO Bahagian Cheras 2010.

Sehubungan itu, kepada ahli-ahli UMNO di Bahagian Cheras , terutama Ketua - Ketua Puteri UMNO Cawangan telah bersedia untuk mengadakan mesyuarat tahunan bagi tahun 2010.

Selamat bersidang.

No comments: