Monday, April 12, 2010

PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN SIAP JENTERA PILIHAN RAYA KECIL


Jentera Puteri UMNO Wilayah Persekutuan bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) ke 10 yang bakal berlangsung di Hulu Selangor. Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras merangkap Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif berkata, persediaan yang dilakukan begitu mantap, dan sejak dari awal lagi Barisan Nasional (BN) telah melakukan persiapan yang teliti dan hanya menanti masa penamaan calon sahaja.

"Pihak kami menerima maklum balas yang positif, di mana rakyat di Hulu Selangor sudah bosan dengan kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat". "Kami juga yakin bahawa rakyat di Hulu Selangor percaya akan kebolehan dan Kepimpinan Kerajaan BN", katanya. Menurutnya, masyarakat di Hulu Selangor kini sudah bersedia menerima pembangunan di kawasan mereka dan hanya BN sahaja yang boleh menyediakan kemudahan itu.



Pada perkembangan lain beliau berkata, baru - baru ini di satu Majlis Penerangan Pindaan Perlembagaan, yang di adakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, bagi membolehkan Ketua - Ketua Puteri yang terlibat bersedia dan memahami persidangan UMNO Cawangan yang akan bermula pada 1 Mei ini.

"Program ini perlu bagi menyampaikan mesej mengenai pembentangan perlembagaan itu nanti, selain mengumpulkan Ketua - Ketua Puteri Bahagian dan Cawangan di peringkat Wilayah Persekutuan", katanya. Beliau berkata, melalui perjumpaan seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara mereka seterusnya menguatkan lagi jentera Puteri UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor nanti.

Pada majlis tersebut, seramai 200 Ketua Puteri Cawangan telah hadir bagi mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nor Azita Abdul Rahman.

No comments: