Bersama
ini disertakan gambaran berhubung
peristiwa memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak oleh beberapa peserta 'Janji Bersih' pada
malam 30hb Ogos 2012.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sememangnya menganggap ianya merupakan tindakan liar manusia yang tidak
menepati prinsip kehidupan sebagai rakyat Malaysia. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyeru semua ahli Puteri UMNO dan rakyat Malaysia supaya jangan terikut-ikut dengan corak politik tidak berakhlak yang
ditaja oleh DAP .
Mereka akan sentiasa mencorakkan budaya politik samseng
dan tidak berakhlak Bersama ini turut disiarkan gambar-gambar Pemimpin DAP yang memijak
gambar bekas Ahli - Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat yang telah menjadi Ahli Bebas sebagai bukti dan gayanya sama seperti yang berlaku pada malam sambutan kemerdekaan. Jangan kita terikut dengan
cara-gaya mereka.
Tindakan segelintir pihak memijak gambar (Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor)
disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai
tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.
Belum lagi pemimpin Pakatan Rakyat memerintah Malaysia..... semuanya hendak di tukar ganti.... jangan sampai hak orang Melayu di tukar ganti..... Fikir - fikirkan lah...
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras memang merasa tercabar bila orang bukan
melayu memijak - mijak gambar pemimpin negara yang beragama Islam dan Bendera Jalur Gemilang hendak di tukar.. Jelas siapa di antara Parti Politik yang
mencetuskan api perkauman. Jelas terbukti siapa yang amat biadap dan kurang ajar. Bilamana Perdana Menteri dan Bendera Negara tidak dihormati oleh rakyat sendiri, jangan
haraplah orang luar seperti rakyat Indonesia dan Singapura hendak hormat Agama dan Bangsa kita kelak.