Friday, September 14, 2012

PILIHANRAYA UMUM KE 13 - PM SUDAH DAPAT TARIKH ?

Tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 masih lagi menjadi teka teki dan spekulasi di kalangan orang - orang politik. Ada cakap-cakap yang sudah mula kedengaran pada Mac tahun hadapan Datuk Seri Najib akan membubarkan parlimen. 

Namun begitu, tarikh Pilihanraya Umum ke 13 tidak semua orang akan dapat mengetahuinya, kecuali Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras cuma boleh menjangkakan pada satu tempoh yang munasabah berdasarkan beberapa perkembangan dan petunjuk keadaan politik yang berlaku sekarang ini.

Terbaru tinjauan dan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) meletakkan hampir separuh rakyat Malaysia yang akan mengundi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak “lebih gemar dan selesa” memilih parti Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat

Walaubagaimanapun, angka bagi pengundi atas pagar dijangka bakal menjadi penentu pada Pilihanraya Umum Ke 13.

Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat (Pilihanraya Umum Ke 13)

Hasil tinjauan tersebut menghasilkan keputusan seperti berikut : 

Barisan Nasional : 49 peratus 

Pakatan Rakyat : 21 peratus 

Pengundi atas pagar : 30 peratus


Barisan Nasional Pilihanraya Umum Ke 13 Rakyat Malaysia Sejumlah 49% Mahu Barisan Nasional Terus Jadi Kerajaan Selepas Pilihanraya Umum Ke 13!!


Parlimen Malaysia Bubar Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?
Jikalau diikutkan perkiraan pada bulan Jun 2013 bermakna 9 bulan daripada sekarang Datuk Seri Najib mempunyai masa dan peluang untuk menyiapkan kerajaan baru sebelum bulan Jun 2013, Datuk Seri Najib mesti membubarkan Parlimen sebelum daripada tempoh tersebut. Mandat Kerajaan Barisan Nasional hanyalah sehingga April 2013.

Akhirnya sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih lagi terus berteka-teki dan menimbulkan pelbagai persoalan, bilakah akan diadakan Pilihanraya Umum ke 13 sehingga mengajak rakyat dan ahli - ahli politik serta pemerhati menjadi “ahli nujum negara” terlalu lama.

Ada cakap-cakap orang politik “kuat” dan “begitu yakin” mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan pada Disember 2012 ini. Benarkah? Mengapa?


Tarikh PRU ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?

Antara fakta utama ialah Pembentangan Bajet 2013 yang mengandungi pelbagai imbuhan dan insentif yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib untuk diagihkan dan mula dinikmati oleh rakyat hujung tahun ini (Disember 2012). Ini bakal memberikan nilai tambah dan keyakinan kepada jentera kerajaan sebelum menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Keduanya, pada waktu itu adalah musim cuti sekolah. Jadual peperiksaan SPM pun dianjakkan lebih awal, cuti sekolah pun sudah bermula pertengahan November 2012. Sangat sesuai tempoh masanya.
  
Ketiganya, dalam masa sama, Musim Haji adalah antara pertengahan bulan September hingga bulan November, oleh itu sebaiknya dilakukan selepas daripada tempoh tersebut. 

Berdasarkan fakta - fakta tersebut, Disember 2012 adalah tempoh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13  kerana pada masa itu kumpulan yang mengerjakan haji telah pun pulang ke tanahair. 

Keeempatnya, jika Pilihanraya Umum ke 13 di adakan pada tahun hadapan 2013, rakyat lupa, orang Malaysia cepat lupa. Jadi, wajar diumumkan dalam masa terdekat dengan tempoh rakyat menikmati insentif. Itu pandangan kebanyakan orang kita dan pertimbangan orang politik. 

Fakta kelimanya berkenaan Ekonomi dunia yang tidak menentu. Tahun 2013 tidak terjamin lagi ekonomi dunia akan stabil. Ia pasti akan menjejaskan juga ekonomi Negara Malaysia dan memberi kesan dari segi sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN). Lanjutan tarikh yang terlalu lama mungkin akan menimbulkan isu-isu dan kontroversi baru, yang bakal menjejaskan imej kerajaan.

Pilihanraya Malaysia ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?  

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjangkakan kemungkinan besar pembubaran Parlimen adalah pada November 2012 dan Pilihanraya Umum ke 13 akan didakan pada bulan Disember 2012.

Mungkin dengan kajian terbaru bakal memberikan keyakinan yang tinggi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat seterusnya mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 yang dinantikan sekian lama oleh semua rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 bersama - sama berjuang dengan kepimpinaan Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al Habshee bagi merampaskan kembali Kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dari pihak Pembangkang., 


Apa Pilihan Anda?

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum w.b.t,

Salam perjuangan dan salam perpaduan sekelian ummah.

Bagi saya kalau PR benar-benar berkesan dalam mentadbir negeri atau kawasan yang ditawan, maka tak payahlah nak memohon belas ikhsan kepada orang lain utk meraih simpati mendapatkan undi kepercayaan.Biarkan rakyat berfikir dan membuat penentuan berunsurkan keimanan dan taqwa kepada Allah yg maha esa serta mengambil ikhtibar dan fakta yg berasaskan sejarah dan bukti kesahihan dalam menangani dilema dan kemelut politik tanahair sejak sebelum merdeka hingga kehari ini.

Saya manusia yg jahil lagi kerdil ini yakin dan percaya bahawa sesungguhnya yg azali dan yg asal itula yg benar,sebenar-benarnya kerana itu adalah hukum dan rahmat Allah.

Kalau anda faham akan maksud saya ini maka terungkailah segala yg tersurat dan tersirat.

Maka itu kita faham sekarang siapa yg asal dan siapa yg baru didalam konteks islam, fakta, sains dan sejarah.

Persoalannya sekarang kenapa yg asal mesti dilupakan sedangkan ianya adalah hukum dan rahmat Allah manakala yg baru serta lemah pula perlu disanjung dan dipercayai sedangkan ianya lemah.

Sejarah telah membuktikan segalanya, sebagaimana yg telah berlaku dinegara-negara Islam yg lain di seluruh dunia, percetusan dan rusuhan yg berlaku adalah disebabkan oleh kancah persengketaan sesama orang Islam bukannya dari orang luar.

Ini adalah bukti kebesaran dan keagungan Allah yg maha esa yg tidak pernah menzalimi mahluk ciptaannya melainkan mereka itu yg menzalimi diri mereka sendiri.

Sekian. Wassalam
Nasir CMILT