"Poster misteri" menyokong Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di
Johor.
Imej pada poster itu, bersama dengan potret Tan Sri Muhyiddin
dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.
Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13' di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di bahagian atas.
Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13' di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di bahagian atas.
Poster itu juga juga memaparkan logo Barisan Nasional
dan UMNO, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.
Semalam, Pemuda Umno Negeri Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum.

Mengikut sumber rasmi setakat ini, belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Tan Sri
Muhyiddin atau Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Negeri.
No comments:
Post a Comment