Tuesday, September 18, 2012

"INNOCENCE OF MUSLIM" - SATU PENGHINAAN TERHADAP ISLAM, AL QURAN DAN NABI MUHAMMAD SAW

Isu penghinaan terhadap Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW ini sebenarnya telah berlarutan sejak dahulu lagi. Sebelum filem "Innocence Of Muslim", dunia hangat membicarakan tentang sebuah akhbar arus perdana Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW. Penerbitan karikatur tersebut menyebabkan seluruh masyarakat Islam seluruh dunia membantah tindakan itu.

Filem Innocence Of Muslims atau nama lainnya Life of Muhammad yang terang-terang mengejek dan menghina Nabi Muhammad S.A.W telah menyebabkan demonstrasi besar-besaran menyerang kedutaan US di Libya dan mengorbankan duta Amerika, Christopher Stevens dan tiga kakitangan beliau.


Bantahan dibuat kepada pengarah filem, Sam Bacile tersebut yang warganegara Israel-America yang juga pemaju hartanah yang lebih menyifatkan politik untuk memberi perhatian kepada penghinaan Islam. Beliau disokong paderi Terry Jones yang sebelum ini terang-terang membakar Al-Quran yang menimbulkan rusuhan seluruh dunia.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyeru agar seluruh Umat Islam di Malaysia  mengadakankan solat hajat, membaca Yasin dan berzikir pada Khamis ini di semua masjid dan surau bagi memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia berikutan penerbitan filem 'Innocence of Muslims'.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif  berkata "Sebagai umat Islam, seharusnya kita menunjukan kekuatan dan perpaduan umat Islam dalam menghadapi isu ini bersama, melalui doa yang disifatkan sebagai 'senjata mukmin' dan mengenepikan segala fahaman politik dalam menangani serangan dan propanganda jahat pihak tidak bertangungjawab terhadap Islam". 

Filem itu yang disiar dalam laman Youtube pada 11 Sept lepas mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia menghina Islam khususnya Nabi Muhammad SAW. Filem itu turut dikutuk Gereja Kristian Ortodoks Koptik sebagai "sebuah filem yang bersifat menghasut" manakala Majlis Gereja-gereja Sedunia berkata filem itu "satu penghinaan kepada agama Islam"


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong pandangan Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO bahagian Cheras dalam kenyataan beliau di Blog UMNO Bahagian Cheras, "Perpecahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia memberi peluang pihak tertentu terutama Zionis dan Yahudi menghina dan mengaibkan kesusian agama Islam.

No comments: