Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjemput seluruh ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras , Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dan segenap lapisan masyarakat di sekitar Parlimen Cheras menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1 Malaysia anjuran UMNO Bahagian Cheras pada hari Rabu, 12hb September 2012 bersamaan 25 Syawal 1433.
Majlis bertempat di Stadium Badminton Cheras, Jalan Cheras, Kuala Lumpur bermula dari jam 7.45 malam hingga 11.30 malam. Tetamu kehormat yang di jangka hadir adalah YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Semoga kehadiran semua segenap lapisan masyarakat akan memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rakyat 1 Malaysia.
No comments:
Post a Comment