Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Saudari Sarina Sharif menganggap perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongan pemimpin DAP itu terhadap filem tersebut
selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan
maruah Nabi Muhammad SAW.
Ketika umat Islam Malaysia menyertai jutaan umat Islam di dunia mengutuk
filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhamad S.A.W, pemimpin DAP Perak,
Ngeh Koo Ham mencetuskan provokasi dan kemarahan umat Islam di Malaysia dengan
melabelkan bantahan rakyat Malaysia terhadap filem itu hanyalah membuang
masa.
Walaupun kenyataan itu bertujuan untuk membalas kenyataan Ketua Pemuda
UMNO, YB Khairy Jamaludin yang mengutuk sekeras-kerasnya penghasilan dan penayangan
filem Innocence of Muslims yang disifatkan keterlaluan dan mempunyai agenda
jahat terhadap umat Islam di dunia namun ianya juga ditujukan kepada seluruh
umat Islam termasuk PAS yang menentang filem "Innocence of Muslims". UMNO sebagai
parti tunjang yang mewakili majoriti umat Islam di Malaysia mengutuk
sekeras-kerasnya penayangan filem itu di Malaysia dan di laman
YouTube.
Selain UMNO, Gerakan menerusi Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Khoon juga
membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang disifatkan
sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam di dunia.
Sehingga kini, DAP dan PKR langsung tidak membuat sebarang kenyataan
dalam membantah penayangan filem "Innocence of Muslims" kecuali
PAS.
Manakala, PAS rakan seperjuangan DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang
juga mengutuk tindakan penayangan filem "Innocence of Muslims" yang benar-benar
melampau dan tidak dapat diterima umat Islam di Malaysia terutama ahli-ahli PAS.
Bagaimanapun, DAP rakan karib PAS dalam Pakatan Pembangkang bersifat sebaliknya.
Perbuatan Ngeh Koo Ham itu benar-benar melukakan hati umat Islam di
Malaysia. Umat Islam di Malaysia sebelum ini menyertai umat Islam di dunia
mengadakan bantahan secara aman dalam penayangan filem
itu.
Sebelum ini, Karpal Singh lantang menyuarakan pendapatnya yang menentang
pelaksanaan hukum hudud dan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam jika
Pakatan Pembangkang menang pada PRU-13.
Di manakah sensitiviti pemimpin DAP terhadap agama Islam? DAP memang
anti Islam.
No comments:
Post a Comment